Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 | Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 sekitar RM1,353.00 sehingga RM4,005.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

INFO BERKAITAN :

Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.