Header Ads

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2022 Taska Online

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2022 Taska Online. Bilakah tarikh pengambilan guru tabika/taska KEMAS dibuka? Panduan buat anda yang berminat untuk menjadi seorang guru tabika/taska bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak tahun 2021. Untuk makluman menerusi portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), mempelawa kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon guru tabika/taska KEMAS tahun 2021 bermula pada 14 Disember 2020 sehingga 14 Januari 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman KEMAS Intake System https://kis.kemas.gov.my.

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2021 Taska Online

Permohonan Guru Tabika KEMAS 2022 Taska Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang termasuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : sehingga 14 Januari 2021

Syarat Kelayakan Guru Tabika KEMAS


Sebelum membuat permohonan pastikan anda memenuhi syarat kelayakan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak seperti berikut :

1. Syarat am iaitu :

(a) Calon adalah warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.
(c) Calon mempunyai Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
(d) Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan.

2. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan

3. Bagi calon yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma atau transkrip.

4. Calon mempunyai kelayakan nilai CGPA 2.70 ke atas.

5. Calon tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

Cara Permohonan Guru Tabika KEMAS Online


1.  Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di https://kis.kemas.gov.my/ sehingga 14 Disember 2021.

2. Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan.

3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
akan ditolak.

4. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di sahaja yang akan diterima.

Nota :
a. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
b. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan
dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Semoga anda berjaya menjadi guru Tabika KEMAS tahun 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.