Header Ads

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2023 (Tabika/Taska)

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2023 (Tabika/Taska). Anda ingin mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Panduan buat anda yang berminat menjadi seorang guru tabika/taska dalam Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak. Untuk makluman menerusi portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), mempelawa kepada calon yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) tahun 2021 bermula pada 14 Disember 2020 hingga 14 Januari 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal web https://kis.kemas.gov.my.

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2021 (Tabika/Taska)

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2023 (Tabika/Taska) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 


1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
(c) Diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan.
(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan oleh kerajaan.

2. Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan
3. Bagi calon yang telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma atau transkrip.
4. Calon mempunyai kelayakan nilai CGPA 2.70 ke atas.
5. Calon tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan.

MAKLUMAT ASAS KURSUS

Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS

Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Permohonan Guru Tabika/Taska KEMAS Online


1.  Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web rasmi https://kis.kemas.gov.my.

2. Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan. Hanya satu permohonan sahaja diterima.

3. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan
akan ditolak.

4. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di sahaja yang akan diterima.

Nota :
a. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
b. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan
dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

BACA JUGA : Permohonan Pertukaran Guru EGTukar 

Semoga anda berjaya mendapat tawaran untuk mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak tahun 2023.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.