Header Ads

Permohonan SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online

Permohonan SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online. Anda seorang graduan yang sedang mencari kerja kerajaan atau swasta? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan dan pendaftaran pekerjaan dalam sektor awam. Sudah tentu setiap kita mempunyai impian untuk menjadi kakitangan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan SPA8i ini boleh diisi bagi mereka yang mempunyai mempunyai kelayakan seperti iaitu PMR/PT3, SPM, STAM, STPM, Diploma dan Ijazah termasuklah OKU. Bagi anda yang ingin bekerja di sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk membuat permohonan SPA8i secara dalam talian di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online

Permohonan SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online 


Berikut dikongsikan adalah cara permohonan SPA8i menerusi atas talian (online) seperti di bawah ;

1. Bagi anda yang ingin mengisi permohonan jawatan kosong SPA8i, terlebih dahulu pastikan anda telah mempunyai akaun SPA8i untuk didaftarkan secara dalam talian. Jika anda tidak pernah daftar lagi sila mohon sebagai Daftar Baru SPA8i di SINI.

2. Bagi anda yang pertama kali membuat Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), sila layari ke

3. Isikan maklumat yang perlu dilengkapkan dalam borang permohonan SPA8 adalah seperti kata laluan/ soalan keselamatan, maklumat pemohon, akademik, ko-kurikulum, jawatan dipohon, pengakuan pemohon dan semakan permohonan.

4. Selepas borang permohonan SPA8i telah diisi dengan lengkap, anda boleh submit.

Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong SPA8i


Bagi anda yang telah mendaftar dalam sistem SPA8i, anda boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong mengikut kelayakan masing-masing. Berikut adalah pautan borang permohonan SPA8i ;

SERVER 1 : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

SERVER 2 : https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di Hotline SPA : 03 - 8885 6000.

BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Baru SPA8i Online


Selamat membuat permohonan SPA8i dalam laman sesawang SPA. Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan kerajaan bagi jawatan yang dipilih dalam perkhidmatan awam Malaysia (SPA).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.