Header Ads

Permohonan SPA9 Jawatan Kosong Kerajaan 2024 Online

Permohonan SPA9 Jawatan Kosong Kerajaan 2024 Online. Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan dan pendaftaran pekerjaan dalam sektor awam. Sudah tentunya setiap kita mempunyai impian untuk menjadi seorang kakitangan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, permohonan SPA9 ini boleh diisi bagi mereka yang mempunyai kelayakan seperti PMR/PT3, SPM, STAM, STPM, Diploma dan Ijazah termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi calon yang ingin bekerja di sektor kerajaan, inilah peluang terbaik anda untuk membuat permohonan SPA8i secara dalam talian di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan SPA9 Jawatan Kosong Kerajaan 2024


Permohonan SPA9 Jawatan Kosong Kerajaan 2024 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan SPA9 termasuk memaparkan aplikasi mohon dan cara pendaftaran :

Cara Memohon SPA9 Online 


1. Bagi anda yang ingin mengisi permohonan jawatan kosong SPA8i, terlebih dahulu pastikan anda telah mempunyai akaun SPA8i untuk didaftarkan secara dalam talian. Jika anda tidak pernah daftar lagi sila mohon sebagai Daftar Baru SPA8i di SINI.

2. Bagi anda yang pertama kali membuat Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i), sila layari ke

3. Isikan maklumat yang perlu dilengkapkan dalam borang permohonan SPA8 adalah seperti kata laluan/ soalan keselamatan, maklumat pemohon, akademik, ko-kurikulum, jawatan dipohon, pengakuan pemohon dan semakan permohonan.

4. Selepas borang permohonan SPA8i telah diisi dengan lengkap, anda boleh submit.

Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong SPA9


Bagi anda yang telah mendaftar dalam sistem SPA9, anda boleh mengemukakan permohonan jawatan kosong mengikut kelayakan masing-masing menerusi pautan https://spa9.spa.gov.my/login

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang pengambilan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 8885 6000.

BACA JUGA : Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Online

Semoga anda berjaya mendapat tawaran pekerjaan kerajaan bagi jawatan yang dipilih dalam perkhidmatan awam Malaysia. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.