Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penjara Gred KA19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penjara Gred KA19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Penjara Gred KA19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penjara Gred KA19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Penjara Gred KA19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Penjara Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Penjara KA19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penjara Gred KA19


Berikut adalah informasi tentang Pegawai Penjara Gred KA19 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Penjara Gred KA19


Gaji Pegawai Penjara Gred KA19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM3,824.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Penjara Gred KA19 pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Penjara Gred KA19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24).
● Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
d. lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Penjara Gred KA19


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Penjara Gred KA19 seperti di bawah :

Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Arkib Negara Malaysia 2018
● Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pegawai Penjara KA19

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Penjara Gred KA19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.