Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Syariah Gred LS19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Syariah Gred LS19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Syariah Gred LS19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Syariah Gred LS19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Syariah Gred LS19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 yang memaparkan tangga gaji, kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pembantu Syariah Gred LS19


Gaji Pembantu Syariah Gred LS19 sekitar RM1,355.00 sehingga RM4,007.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Syariah Gred LS19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Syariah Gred LS19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
i. Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
ii. Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).

Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Syariah Gred LS19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Syariah Gred LS19 seperti di bawah :

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Syariah Gred LS19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.