Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Veterinar Gred G19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Veterinar Gred G19. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Veterinar Gred G19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Veterinar Gred G19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Veterinar Gred G19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Veterinar Gred G19 bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Veterinar Gred G19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan Pembantu Veterinar Gred G19 yang memaparkan tangga gaji, kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Penolong Pegawai Veterinar Gred G29


Gaji Pembantu Veterinar Gred G19
sekitar RM1,494.00 sehingga RM5,674.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Veterinar Gred G19 pula berjumlah RM145.

Syarat Kelayakan Pembantu Veterinar Gred G19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau
● diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan nya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06).

Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Veterinar Gred G19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Veterinar Gred G19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Veterinar Gred G19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.