Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Arkib S29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Arkib S29. Adakah anda ingin bekerja di sektor perkhidmatan awam? Jom mohon jawatan kosong kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Arkib boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Arkib S29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Arkib S29

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Penolong Pegawai Arkib S29 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Arkib Negara Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan
Penolong Pegawai Arkib S29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Arkib S29


Berikut adalah informasi tentang Penolong Pegawai Arkib S29 mengenai tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Arkib S29


Gaji Penolong Pegawai Arkib S29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Pegawai Arkib S29 pula berjumlah RM145.00.

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Arkib S29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
● Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
● Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95);

Jawatan Penolong Pegawai Arkib S29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Arkib S29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Arkib S29 seperti di bawah :

Menguruskan sumber perolehan bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persendirian, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan penurunan taraf rekod-rekod yang terperingkat, aktiviti sebaran dan pengumpulan maklumat serta urusan pentadbiran dan kewangan

INFO BERKAITAN : Permohonan Jawatan Kosong Arkib Negara Malaysia

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.