Header Ads

Permohonan BSH Kategori Bujang 2019 Kemaskini

Permohonan BSH Kategori Bujang 2019 Kemaskini. Berita baik buat golongan bujang dimana sebelum ini tidak dimasukkan dalam Bantuan Sara Hidup tahun 2019. Untuk makluman, kini Bantuan Sara Hidup 2019 bagi kategori bujang ditawarkan kepada yang belum berkahwin dan berpendapatan rendah. Penerima akan menerima bayaran bernilai RM100 BSH 2019 sahaja. Pembayaran RM100 BSH 2019 hanya dibayar secara one-off yang akan dilakukan pada penghujung bulan Mac 2019.
Permohonan BSH Kategori Bujang 2019 Kemaskini

Untuk pengetahuan, pembayaran RM100 BSH kepada setiap individu yang telah berdaftar dibawah kategori bujang mengikut pangkalan data BSH 2018. Bagi pemohon yang telah disenaraihitam semasa BSH 2018 tidak layak menerima bayaran RM100 BSH 2019.

Permohonan BSH Kategori Bujang 2019 Kemaskini 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan dan kemaskini BSH 2019 bagi kategori bujang termasuk memaparkan tarikh bayaran :

Tarikh Bayaran : Penghujung bulan Mac 2019 

Cara Permohonan dan Kemaskini BSH Bujang 2019


Bagi pemohon, anda tidak perlu hadir ke Cawangan LHDNM bagi pendaftaran BSH 2019. Pembayaran akan dibuat berdasarkan maklumat BSH 2018. 


Kaedah Pembayaran RM100 BSH 2019


i. Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang telah didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018.

ii. Tiada Akaun - Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut boleh merujuk seperti berikut:

i. Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my; atau
ii. Aplikasi Mobile BSH; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 
(Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang);atau 
iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang);atau

Semoga dengan pemberian RM100 sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kos ssra hidup khusus golongan bujang. 

Sumber : BSH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.