Header Ads

Semakan Status BHN 2020 Online Bantuan Harapan Negara

Semakan Status BHN 2020 Online Bantuan Harapan Negara. Panduan kepada veteran ATM berpencen dan tidak berpencen yang membuat permohonan Bantuan Harapan Negara. Untuk makluman semakan permohonan Bantuan Harapan Negara (BHN) boleh disemak secara atas talian di laman rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM). Pembayaran BHN pertama akan mula diberikan pada 27 Mei 2019 dengan peruntukan sebanyak RM500 secara one-off. Tahun ini, tidak pasti lagi permohonan baharu dibuka atau tidak.

Semakan Status BHN 2019 Online Bantuan Harapan Negara

Semakan Status BHN 2020 Online Bantuan Harapan Negara 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Harapan Negara (BHN) termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan semakan permohonan :

Kriteria Kelayakan Penerima Bantuan Harapan Negara 


Antara syarat-syarat atau kriteria penerima BHN ditetapkan seperti berikut:

a. Veteran ATM , iaitu Warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau  diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
i. Angkatan Tetap ATM;
ii. Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh ATM tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
iii. Force 136;
iv. Tentera British yang berkhidmat di Malaya/Malaysia atau Singapura;
v. Sarawak Rangers,

b. Tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,

c. Bermastautin di Malaysia,

d. Veteran ATM yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,

e. Perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:
i. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017
ii. Bakal Veteran ATM (TTP sebelum/pada 31 Disember 2019)

f. Veteran ATM dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000.00 dan ke bawah (B40)

g. Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.


Cara Semakan Bantuan Harapan Negara (BHN)


Semakan status permohonan terbahagi kepada semakan untuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

i. Veteran Berpencen

1. Tekan butang semakan di http://bhn.jhev.gov.my/bhn2019/default.asp?#Semakan

2. Sila masukkan
a. No MyKad
b. No Tentera
c. Kod Pengesahan

3. Status permohonan BHN akan dipaparkan.

Semakan Status BHN 2019 Online Bantuan Harapan Negara

4. Sekiranya permohonan tidak wujud, paparan adalah seperti dibawah;

ii. Veteran Tidak Berpencen (Penerima BBN 2017)

1. Tekan butang semakan di http://bhn.jhev.gov.my/bhn2019/default.asp?#Semakan.

2. Sila masukkan
a. No MyKad
b. No Tentera
c. Kod Pengesahan

3. Sila buat pengesahan maklumat. Kemudian, tekan butang Hantar.

4. Selesai penghantaran permohonan.

5. Semakan seterusnya akan memaparkan halaman seperti di bawah ;


NOTA: Permohonan Baharu BPN untuk tahun 2020 masih belum dibuka lagi. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

9 ulasan:

  1. Sehingga kini kenapa saya maseh tak dapat bantuan harapan negara

    BalasPadam
  2. Knp sy tak layak dpt bantuan harapan tu sdgkn suami sy dh berpencen.. sistem jhev pon sedia maklom dh.. tak kn tak update kot... Suami sy pon sama juga.. kwn die blh bntuan cmner die x dpt..dh berpencen tpi stay gaji berkhidmat.. cmner tu.. sgala urusan dh buat sblm ttp.. bila call tak bejwb.. bila bjwb Kate akn semak Dan akn call blk Haram tak call pon

    BalasPadam
  3. Salam,bhn tahun 2020,bila akan dibayar.dalam laman web.semua tahun 2019.semakkan bayaran 2020,baca 2019 punya...no latest update bro?

    BalasPadam
  4. Sama juga ayah saya kena tidak dapat apa2 bantuan selama tamat perkhimatan atm....tu hari suda urus buat kad veteran atm,bilang tu petugas kalau suda siap kad nti d call,smpai skg tiada pun di call balik....tolong la ayah saya,anak banyak

    BalasPadam
  5. Nak semak akaun susah CIMB tak ada diTapah.

    BalasPadam
  6. bila tekan LINK yang diberi , dok keluar 2019 punya...ntah apa apa punya laman la....

    BalasPadam
  7. Harapan saya agar rayuan bantuan harapan negara 2019 sy tidak tercicir dn dpt menikmatinya..

    BalasPadam
  8. Saya tidak ada rekod kenapa

    BalasPadam
  9. Nk tny klau suami isteri berhnti tp perkhidmatan lain2 mmg x dpt bntuan ke

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.