Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan Gred S19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan Gred S19. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Penerangan Gred S19. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan Gred S19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Penerangan Gred S19
akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Penerangan Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Penerangan Gred S19
bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Penerangan Gred S19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Penerangan Gred S19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji  Pembantu Penerangan Gred S19


Gaji Pembantu Penerangan Gred S19 sekitar RM1,355.00 sehingga RM4,007.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Penerangan Gred S19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Penerangan Gred S19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan Gred S19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Penerangan S29 seperti di bawah :

Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Penerangan Gred S19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.