Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir N19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir N19 | Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Tadbir N19. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Penerangan Gred 29.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir N19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Tadbir Gred N19 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan Pulau Pinang. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Tadbir N19 bagi permohonan kerja lepasan SPM/ Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19


Berikut adalah informasi tentang Pembantu Tadbir Gred N19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pembantu Tadbir Gred N19


Gaji Pembantu Tadbir Gred N19 sekitar RM1,352.00 sehingga RM4,003.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Tadbir Gred N19 pula berjumlah RM100.

Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00).
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40).
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
● Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Gred N19


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 seperti di bawah :

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pembantu Tadbir Gred N19 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.