Header Ads

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2019 (LLM)

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2019 (LLM). Peluang buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempelawa kepada calon yang berkomited dan berminat membuat permohonan jawatan kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia tahun 2019. Permohonan jawatan kosong LLM 2019 ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://ejawatan.llm.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Mei 2019.

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2019 (LLM)

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2019 (LLM) 


Lembaga Lebuhraya Malaysia mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan :
i. JURUTERA AWAM
ii. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
iii. PEMANDU KENDERAAN
Kekosongan Baru 2019
Lokasi Kekosongan : Selangor
Tarikh Tutup : 13 Mei 2019

Cara Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia 2019


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia tahun 2019 seperti di bawah :

1. Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga
Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 29 April 2019 (Isnin ) hingga 12 Mei 2019 (Ahad).

2. Jika pemohon dipanggil untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-
i. Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
ii. Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
iv. Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.

3. Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

4. Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.

5. Semua pemegang-pemegang biasiswa/dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa/ dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

PERMOHONAN DITOLAK

Permohonan akan ditolak sekiranya:
i) Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan.

CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh
Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Semoga anda berjaya mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Lebuhraya Malaysia tahun 2019.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.