Header Ads

Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE) 2022 SPA

Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE) 2022 SPA. Adakah anda calon yang bakal mendapat panggilan peperiksaan online SPA? Jika ya! Sudah tentunya anda tertanya-tanya soalan apa yang bakal ditanya dalam peperiksaan online perkhidmatan awam (PSEE). Untuk makluman menerusi format terkini peperiksaan online SPA, calon akan menjawab dua atau tiga seksyen iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan kefahaman Bahasa Inggeris. Calon boleh semak panggilan peperiksaan SPA secara dalam talian menerusi laman web rasmi SPA www.spa.gov.my. 

Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE).

Bagi seksyen pengetahuan am SPA, soalan yang ditanya agak umum dan juga soalan berpandukan jawatan tertentu. Soalan-soalan yang akan ditanya kebiasaannya melibatkan beberapa perkara antaranya bidang pentadbiran negara, teknologi maklumat dan komunikasi, isu semasa luar negeri dan luar negara dan lain-lain. Manakala untuk soalan daya menyelesaikan masalah lebih kepada Matematik berteraskan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia. Untuk kefahaman Bahasa Inggeris pula lebih kepada petikan soalan merangkumi verb, adverb, conjunction dan sebagainya.

Rujukan Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam (PSEE) 2022 SPA


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan peperiksaan online SPA yang sering ditanya oleh SPA. Ianya bukan lah soalan ramalan atau pun soalan bocor.

Contoh Soalan Pengetahuan Am SPA


1. Dasar sosial negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI 
A. Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B. Menjana sinergi multisektor
C. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

2. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui Perbincangan Transformasi Nasional 50 (TN50) adalah
A. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B. Kementerian Komunikasi & Multimedia
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Belia dan Sukan

3. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kecuali
A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

4. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di Malaysia
I. Mahkamah Rendah --> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas --> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat --> Mahkamah Pegawai
A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

5. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara.
A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA


1. Empat pasang kasut berharga RM272 dan 6 helai baju pula berharga RM240. Berapakah harga bagi 3 pasang kasut dan 3 helai baju setelah harga dikurangkan sebanyak 5%.
A. RM324.00
B. RM313.80
C. RM308.00
D. RM307.80

2. Sebuah van dipandu dari Bandar Keramat ke Bandar Aman yang jaraknya 180km dalam masa 1 jam 45 minit. Berapakah laju purata van tersebut dipandu?
A. 100 km/j
B. 102 km/j
C. 103 km/j
D. 102.9km/j

3. Sebuah kenderaan dipandu dengan purata kelajuan 113km/j selama 4 jam 30 minit. Setiap 2 liter minyak diesel, kenderaan tersebut boleh bergerak sejauh 31.25 km. Berapa liter minyak diesel yang digunakan sejauh perjalanan tersebut?
A. 508.5 liter
B. 610.5 liter
C. 32.544 liter
D. 16.272 liter

4. Harga motorsikal Mikael ialah 33% lebih tinggi daripada harga motorsikal Adam. Berapakah beza harga motorsikal mereka berdua jika motorsikal Mikael berharga RM7,500?
A. RM5,639.10
B. RM5,025.00
C. RM2,475.00
D. RM1,860.90

5. Setelah penurunan harga sebanyak 35% jumlah harga 3 helai baju yang sama ialah RM115.05. Berapakah harga asal bagi sehelai baju itu?
A. RM59.00
B. RM58.00
C. RM174.00
D. RM177.00

Nota : Contoh soalan ini adalah hanya bentuk gambaran sahaja bukannya soalan sebenar atau pun ramalan.

NAK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP PEPERIKSAAN ONLINE PSEE? 


Untuk makluman Tim infokerjaya ada terbitkan satu rujukan lengkap untuk persiapan peperiksaan online. Rujukan ini dilengkapi dengan nota-nota, contoh-contoh soalan pengetahuan am, Matematik dan kefahaman Bahasa Inggeris beserta jawapan dan jalan kerja.

Ini yang anda bakal dapat dalam rujukan ;
√ Huraian format peperiksaan terkini
√ Contoh soalan pengetahuan am (40++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (50++ Soalan & Jawapan)
√ Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (30++ Soalan & Jawapan)
√ Formula Matematik
√ 120++ muka surat


Untuk dapatkan nota peperiksaan online ini anda terus ke laman di bawah ;

[+] https://go.infotambahan.com/ebookextra/37705/order

BACA JUGA :
● Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA
● Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah SPA

Penafian : Laman web SPA8i.net tiada sebarang kaitan dengan laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum sebagai pengetahuan sahaja. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.