Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Syariah Gred LS41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Syariah Gred LS41. Anda sedang mencari-cari jawatan kosong kerajaan? Jom mohon kerja kosong kerajaan! Untuk makluman, permohonan jawatan kosong kerajaan hanya boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berikut kongsikan syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Syariah Gred LS41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Syariah Gred LS41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Syariah Gred LS41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi portal web SPA. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPA https://putra2.spa.gov.my.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Syariah Gred LS41


Berikut adalah maklumat tentang jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 yang memaparkan tangga gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas :

Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29/DG41


Gaji minimum Pegawai Syariah Gred LS41 adalah RM2,418.00. Manakala untuk gaji maksimum Pegawai Syariah Gred LS41 adalah RM9,607.00. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Syariah Gred LS41


Antara syarat-syarat kelayakan bagi jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 seperti berikut :

● Warganegara Malaysia.
● Pemohon tidak berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00); atau
● Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00);

Jawatan Pegawai Syariah boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bagi pemohon yang ingin mendaftar jawatan kerajaan boleh layari ke portal SPA dengan mengisi Borang Permohonan SPA8i Online. Untuk semakan jadual temuduga SPA anda boleh merujuk di semakan panggilan temuduga SPAManakala untuk mengetahui keputusan temuduga SPA anda boleh merujuk di semakan keputusan temuduga SPA.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Syariah Gred LS41


Antara tugas-tugas Pegawai Syariah seperti berikut :

Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement' kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Syariah Gred LS41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.