Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penerangan S41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penerangan S41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Penerangan S29. Lihat ini juga → Syarat Kelayakan Pembantu Tadbir Gred N19.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penerangan S41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Penerangan Gred S41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Penerangan S41 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Penerangan S41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Pegawai Penerangan S41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Penerangan S41


Gaji Pegawai Penerangan Gred S41 sekitar RM2,078.00 sehingga RM9,544.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Penerangan Gred S41 pula berjumlah RM225.

Syarat Kelayakan Pegawai Penerangan Gred S41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
● Ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
● Ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Penerangan S41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print' Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Semoga perkongsian ini tentang gaji, kelayakan dan tugas Pegawai Penerangan Gred S41 membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.