Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Jurugeospatial Gred J41

Gaji, Kelayakan & Tugas Jurugeospatial Gred J41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon jawatan kosong Jurugeospatial yang boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Sebelum itu, ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Jurugeospatial Gred J41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Jurugeospatial Gred J41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Jurugeospatial Gred J41 akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Jurugeospatial Gred J41 bagi permohonan kerja lepasan Ijazah Sarjana Muda menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Jurugeospatial Gred J41


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Jurugeospatial Gred J41 mengenai senarai gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Jurugeospatial Gred J41 


Gaji Jurugeospatial Gred J41 sekitar RM2,529.00 sehingga RM9,643.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Jurugeospatial Gred J41 pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Jurugeospatial Gred J41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

Jawatan Jurugeospatial boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

>> Artikel berkaitan : Semakan Status SPA8i Melalui SMS 

Deskripsi Tugas Jurugeospatial Gred J41


Berikut adalah tugas-tugas Jurugeospatial Gred J41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan pentadbiran.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.