Header Ads

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020 Online (Kemasukan Julai)

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020 Online (Kemasukan Julai). Anda berminat berkhidmat dalam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia? Panduan buat anda yang berkelayakan dan berminat menjadi Perajurit Muda TUDM, dimana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat-syarat fizikal dan akademik untuk pengambilan perajurit muda udara (lelaki) kemasukan Julai 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/ bermula pada 14 November hingga 31 Disember 2019.

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020 Online (Kemasukan Julai)

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2020 Online (Kemasukan Julai) 


Berikut dikongsikan adalah pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM 


A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan Lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2. SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau Tahap 3 dalam bidang tertentu dan mendapat Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
3. SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

B. SYARAT KELAYAKAN ASAS

1. Umur. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2020. 
2. Tahap Kesihatan. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa alat bantuan.
3. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut: 
a. Berat Badan Minimum. 47.5 kg. 
b. Ketinggian Minimum. 1.62 meter.
c. Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25. 
d. Ukuran Dada Minimum. 76 cm (keadaan biasa).
4. Kecergasan Jasmani. Memiliki kecergasan jasmani yang tinggi.
5. Keutamaan akan diberi kepada atlit yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Cara Permohonan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia 2020 Online 


1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/home/signup

2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).

3. Kemudian, Log masuk ke bahagian pemohon.

4. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota : Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

KETERANGAN LANJUT :

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7 MENARA 
TH SELBORN 153 JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR
NO TEL : 03-2681 2412/2413 
LAMAN SESAWANG RASMI : 
www.airforce.mil.my/kerjaya/pengambilan-terkini 
FACEBOOK PAGE (Interaktif) :
www.facebook.com/kerjayatudm

Semoga anda berjaya mendapat berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia ambilan Julai 2020.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.