Header Ads

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023 Online (Semakan Status)

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023 Online (Semakan Status). Berminat berkhidmat dalam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia? Panduan buat calon yang berkelayakan dan berminat menjadi Perajurit Muda TUDM. Untuk makluman, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat-syarat fizikal dan akademik untuk pengambilan perajurit muda udara (lelaki) kemasukan 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web kerjayadanpengambilantudm.mil.my bermula pada 18 Jun hingga 31 Ogos 2021.

Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2021 Online (Semakan Status)Kemasukan Julai)


Pengambilan Perajurit Muda TUDM 2023 Online (Semakan Status)


Berikut dikongsikan adalah pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan aplikasi online :

Tarikh Permohonan : 18 Jun - 31 Ogos 2021

Syarat Kelayakan Perajurit Muda TUDM


Antara syarat-syarat kelayakan Perajurit Muda TUDM adalah seperti berikut :

A. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]

5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

B. SYARAT ASAS

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.

3. Penglihatan - boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
Tidak rabun warna.

4. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran.

5. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

6. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

C. SYARAT FIZIKAL

1. Tinggi:
-Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
-Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

2. Berat:
-Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
-Berat Badan Minima Wanita 40.5 kg

3. Indeks Jisim Badan (BMI) :
- Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Cara Permohonan Perajurit Muda TUDM 2021 Online 


1. Pemohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan TUDM menerusi laman web https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/.

2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).

3. Kemudian, log masuk ke bahagian pemohon.

4. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

Nota :
a. Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
b. Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM di talian 013-6893814.

Semoga anda berjaya mendapat berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia ambilan 2021.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.