Header Ads

Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa KP41

Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa KP41. Anda ingin bekerja di sektor kerajaan? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Dalam Negeri tahun 2020. Untuk makluman, kini anda dipelawa untuk membuat permohonan jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41. Permohonan jawatan kosong ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Disember 2019 jam 11.59 malam.

Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa KP41

Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa KP41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri termasuk memaparkan tarikh dan kekosongan jawatan :

● Pegawai Penguatkuasa Gred KP41
(Kementerian Dalam Negeri)
Kekosongan : 9
Simpanan : 15
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Disember 2019


Iklan Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa 2019



Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penguatkuasa Gred KP41


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Pegawai Penguatkuasa secara dalam talian seperti di bawah :

● Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman sesawang SPA.
● Login akaun anda dengan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Nota : Sila rujuk panduan permohonan jawatan SPA disini.

Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41


a. Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan) Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

b. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

c. Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Semoga anda berjaya mendapat mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Dalam Negeri tahun 2019.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.