Header Ads

Permohonan PPR 2023 Online Program Perumahan Rakyat (Semakan Status)

Permohonan PPR 2023 Online Program Perumahan Rakyat (Semakan Status). Anda mahu memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda khususnya golongan berkelayakan yang berpendapatan isi rumah bulanan RM3000 dan ke bawah yang ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan ada menawarkan satu skim perumahan mampu milik iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi yang belum memiliki rumah pertama. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon PPR tahun 2023 secara dalam talian di laman web https://ehome.kpkt.gov.my/.

Permohonan PPR 2020 Online (Program Perumahan Rakyat)

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu skim perumahan khas buat golongan berpendapatan rendah (B40). Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. Program Perumahan Rakyat terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Permohonan PPR 2023 Online Program Perumahan Rakyat (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Perumahan Rakyat termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat 


Antara syarat-syarat kelayakan Program Perumahan Rakyat yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
4. Pemohon belum memiliki rumah.
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat 


○ Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
○ Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
○ Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
○ Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
○ Kemudahan Asas:
Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai, Surau/ Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang dan Rumah Sampah.

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat 2023 Online 


Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://teduh.kpkt.gov.my/

Sebarang maklumat lanjut tentang Program Perumahan Rakyat, sila hubungi di ;

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
(Bahagian Pengurusan Perumahan)

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan Rumah PPR 

Semoga anda berjaya mendapat tawaran Program Perumahan Rakyat untuk pembelian rumah pertama anda.

Sumber : ehome

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.