Header Ads

Pendaftaran mySalam 2020 Skim Perlindungan Nasional B40

Pendaftaran mySalam 2020 Skim Perlindungan Nasional B40. Bagaimana cara permohonan mySalam? Panduan buat anda golongan berpendapatan rendah B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Untuk makluman, kerajaan ada menyediakan satu skim kesihatan iaitu Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal secara percuma. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran atau permohonan skim mySalam yang boleh dibuat secara online mulai 1 Mac 2019 melalui laman web mysalam.com.my.

Pendaftaran mySalam 2019 Skim Perlindungan Nasional B40

Skim Perlindungan Kesihatan Nasional atau dikenali sebagai mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka. Menerusi skim ini, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50 sehari terhad kepada 14 hari. Bayaran akan mengambil masa lebih kurang 14 sehingga 21 hari untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima Skim MySalam.

Pendaftaran mySalam 2020 Skim Perlindungan Nasional B40 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 termasuk memaparkan manfaat, syarat kelayakan dan cara pendaftaran :

Tarikh Pendaftaran : 1 Mac - 31 Disember 2019

Manfaat Skim mySalam


i. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali secara apabila didiagnos salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal

ii. Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan.

Syarat Kelayakan mySalam 


Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 yang layak berumur di antara 18 hingga 55 dan pasangan mereka akan dimasukkan ke dalam mySalam.

Cara Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Nasional B40


A. Tuntutan Penyakit Kritikal

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan

Langkah 2: Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik

ii. Tuntutan hospitalisasi

Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2: Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4: Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Semakan Tuntutan mySalam B40


Bagi pemohon yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang mySalam sila layari laman web https://www.mysalam.com.my atau hubungi di Talian Khidmat Pelanggan 1-300-88-8938.

BACA JUGA : Semakan Kelayakan PeKa B40

Semoga adanya skim kesihatan ini dapat membantu golongan yang berkelayakan untuk membantu kesihatan anda. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.