Header Ads

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 (Residensi Wilayah)

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 (Residensi Wilayah). Nak beli rumah pertama korang tapi tidak tahu skim perumahan yang ditawarkan? Berita baik buat anak kelahiran Wilayah Persekutuan dan golongan berpendapatan rendah (B40) yang ingin memiliki rumah idaman sendiri. Untuk makluman, kerajaan Wilayah Persekutuan ada menyediakan satu skim perumahan iaitu RUMAWIP atau Residensi Wilayah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Residensi Wilayah 2020 secara online di laman web rasmi https://residensiwilayah.kwp.gov.my.

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online (Residensi Wilayah)

Residensi Wilayah yang dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP merupakan satu program perumahan mampu milik yang menyediakan kediaman lebih selesa, berkualiti dan mampu dimiliki kepada warga Wilayah Persekutuan. Wilayah Residensi adalah merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online (Residensi Wilayah) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Permohonan Residensi Wilayah 2020 


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Residensi Wilayah adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
3. Pendapatan kasar bulanan dibawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Berkahwin)

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online (Residensi Wilayah)


Ciri-Ciri dan Jenis Rumah Residensi Wilayah 


i. RESIDENSI WILAYAH merupakan program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

ii. Residensi Wilayah menawarkan rumah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata.

Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online 


1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensiwilayah.kwp.gov.my. Pemohon perlu memastikan alamat emel adalah tepat kerana semua notifikasi akan dihantar melalui emel.

2. Bagi permohonan yang telah berdaftar sebelum 28 Jun 2019, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada pihak pemaju yang berkaitan. Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :

Permohonan Rumah Mampu Milik Kuala Lumpur 2020 Online (Residensi Wilayah)

3. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RESIDENSI WILAYAH untuk menyemak status permohonan semasa.

4. Pemohon yang telah berjaya ditawarkan unit RESIDENSI WILAYAH perlu mengemukakan bayaran sebanyak 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju selaras dengan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya.

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Residensi Wilayah boleh layari ke laman https://residensiwilayah.kwp.gov.my/faq

Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah 2020 


Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui akaun pemohon di portal Residensi Wilayah. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang Residensi Wilayah, sila hubungi di:

Kementerian Wilayah Persekutuan, Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62100 Putrajaya
Web: https://residensiwilayah.kwp.gov.my/

Semoga adanya skim pinjaman perumahan RUMAWIP ini dapat membantu golongan yang berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri yang pertama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.