Header Ads

Semakan Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Status Tawaran)

Semakan Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Status Tawaran). Bagaimana cara semak permohonan Residensi Wilayah tahun 2020? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Residensi Wilayah 2020. Untuk makluman, anda boleh semak status permohonan Residensi Wilayah 2020 secara atas talian (online) di laman web rasmi Residensi Wilayah.

Semakan Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Status Tawaran)

Residensi Wilayah atau rumah mampu milik Wilayah Persekutuan merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan atas talian bagi permohonan rumah di sekitar Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

Semakan Permohonan Residensi Wilayah 2020 Online (Status Tawaran) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan Residensi Wilayah termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Syarat Kelayakan Residensi Wilayah 2020 


1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat;

2. Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan;

3. Pemohon mestilah dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan;

4. Satu permohonan sahaja bagi setiap isi rumah.

5. Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja;

6. Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi Wilayah.

Cara Semak Permohonan Residensi Wilayah 2020 


1. Pemohon boleh menyemak status permohonan secara atas talian di laman web https://residensiwilayah.kwp.gov.my/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.

3. Kemudian, klik pada butang 'SEMAK STATUS' dan akan dipaparkan tawaran permohonan anda sama ada LULUS atau GAGAL.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Residensi Wilayah, sila hubungi di:

Urus Setia RESIDENSI WILAYAH
Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran rumah Residensi Wilayah untuk pembelian rumah pertama anda. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.