Header Ads

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online (iDANA)

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online (iDANA). Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Terengganu yang ingin memohon bantuan kerajaan. Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu ada menawarkan satu skim bantuan iaitu Dana Raya Terengganu kepada golongan yang berkelayakan. Bantuan ini akan diberikan kepada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA dan pengagihan wang akan diberikan pada bulan Ramadhan.

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online (iDANA)

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online (iDANA) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Raya Terengganu termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Am Dana Raya Terengganu 


a. Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun
di Negeri Terengganu.
b. Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu.
c. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat
Kelayakan.

Syarat Khas Dana Raya Terengganu 


A. Ibu Tunggal/ OKU

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Penghulu Mukim
kawasan masing-masing).
2. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
3. Borang Permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan
ii. Surat Cerai
iii. Surat Mati Suami / Isteri
iv. Slip Gaji
4. Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

B. Warga Emas

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Penghulu Mukim
kawasan masing-masing).
2. Pemohon hendaklah berusia 65 tahun dan ke atas.
3. Bagi pasangan yang juga berusia 65 tahun dan ke atas, perlu memohon secara berasingan.
4. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan kad pengenalan.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

C. Warga Emas

1. Pemohon adalah dibuka kepada yang telah berkahwin dengan jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah
(Pemohon) tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
2. Pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
3. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan Pemohon dan
Kad Pengenalan/Surat Beranak Tanggungan
ii. Slip Gaji atau Slip Pencen
terkini iii. Salinan Surat Nikah
4. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
6. Bagi pemohonan yang telah berkahwin WAJIB mengisi maklumat Isi Rumah (Tanggungan termasuk maklumat pasangan).

Cara Permohonan Dana Raya Terengganu Online 


Permohonan boleh dibuat secara online di laman web iDANA http://idana.terengganu.gov.my. Pada tahun lepas, pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di Pusat Khidmat ADUN.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan boleh terus ke laman http://idana.terengganu.gov.my/manual.pdf






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.