Header Ads

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan 2020 (RiDE)

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan 2020 (RiDE). Lesen motor berapa sekarang? RM350? RM900? Berita baik buat anak Muda Selangor yang akan mengambil lesen kenderaan. Untuk makluman kerajaan negeri Selangor menawarkan satu bantuan baharu iaitu Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi pengambilan lesen kenderaan. Menerusi Belanjawan Selangor 2020, sebanyak RM1 juta subsidi diperuntukkan dimana bakal memberi manfaat kepada 3,000 anak muda di negeri Selangor. Bagi anda yang berkelayakan boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Dewan Undangan Negeri bermula pada bulan Mac 2020.


Inisiatif RiDE adalah sebuah program subsidi lesen motor yang bernilai RM350 setiap seorang. Jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta untuk tahun 2020 bakal dimanfaatkan sekitar 3,000 warga kota, khususnya anak-anak muda yang melibatkan diri dalam 'gig economy' seperti riders GrabFood, FoodPanda, DahMakan dan sebagainya.

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan 2020 (RiDE)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Inisiatif Roda Darul Ehsan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Dibuka pada bulan Mac 2020 

Syarat Kelayakan Inisiatif Roda Darul Ehsan


1. Anak jati kelahiran Selangor.
2. Keutamaan kepada anak muda Selangor yang kurang berkemampuan atau miskin bandar


Cara Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan 


Untuk permohonan boleh dibuat dengan dapatkan borang permohonan di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN). Manakala proses pemilihan pula akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.