Header Ads

Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online (Semakan Status)

Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online (Semakan Status). Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Terengganu yang ingin memohon bantuan kerajaan. Untuk makluman, kerajaan negeri Terengganu ada menawarkan satu skim bantuan iaitu Dana Raya Terengganu atau dikenali sebagai i-Fitri kepada golongan yang berkelayakan. Bantuan ini akan diberikan kepada golongan miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi iDANA dan pengagihan wang akan diberikan pada bulan Ramadhan.

Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online (Semakan Status)

Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022 Online (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Raya Terengganu termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Am Dana Raya Terengganu 


a. Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun
di Negeri Terengganu.
b. Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu.
c. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat
Kelayakan.

Syarat Khas Dana Raya Terengganu 


A. Ibu Tunggal/ OKU

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Penghulu Mukim kawasan masing-masing).
2. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
3. Borang Permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan
ii. Surat Cerai
iii. Surat Mati Suami / Isteri
iv. Slip Gaji
4. Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

B. Warga Emas

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Penghulu Mukim kawasan masing-masing).
2. Pemohon hendaklah berusia 65 tahun dan ke atas.
3. Bagi pasangan yang juga berusia 65 tahun dan ke atas, perlu memohon secara berasingan.
4. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan kad pengenalan.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.

C. Warga Emas

1. Pemohon adalah dibuka kepada yang telah berkahwin dengan jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah Pemohon tidak melebihi RM2,500.00 sebulan.
2. Pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
3. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Penghulu Mukim bersama salinan dokumen berikut:
i. Kad Pengenalan Pemohon dan
Kad Pengenalan/Surat Beranak Tanggungan
ii. Slip Gaji atau Slip Pencen terkini 
iii. Salinan Surat Nikah
4. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim.
5. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
6. Bagi pemohonan yang telah berkahwin WAJIB mengisi maklumat Isi Rumah (Tanggungan termasuk maklumat pasangan).

Cara Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri Online 


Permohonan boleh dibuat secara online di laman web http://idana.terengganu.gov.my. Pada tahun lepas, pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di Pusat Khidmat ADUN.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan boleh terus ke laman http://idana.terengganu.gov.my/manual.pdf


1 ulasan:

  1. Macam mana nak isi borang dan dapatkan sebarang bentuk bantuan kerajaan dan apa apa dana dari kerajaan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.