Header Ads

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO 3.0 Wage Subsidy (Semakan Status)

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO 3.0 Wage Subsidy (Semakan Status). Panduan buat majikan yang ingin membuat tuntutan Program Subsidi Upah untuk pekerja mereka. Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Program Subsidi Upah yang dibentangkan dalam Pakej Prihatin PKS. Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah mengikut jumlah pekerja masing-masing. Inisiatif Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa pada 1 April 2020 dan dilaksanakan selama 3 bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO (Wage Subsidy) Tuntutan RM600, RM800 & RM1200

Program Subsidi Upah atau dikenali sebagai Wage Subsidy adalah merupakan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya mengekalkan pekerja dan mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca pendapatan. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat.

Permohonan Program Subsidi Upah PERKESO 3.0 Wage Subsidy (Semakan Status) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Upah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kaedah pembayaran dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 April 2020

Senarai dan Jumlah Program Subsidi Upah 


Subsidi upah selama tiga bulan kepada pekerja tempatan bergaji sehingga RM4,000 sebulan sebanyak :

a. RM1,200 sebulan bagi gaji pekerja perusahaan mikro dan kecil

b. RM800 sebulan bagi gaji pekerja syarikat sederhana.

c. RM600 sebulan bag gaji pekerja syarikat besar.

Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah 


Antara syarat-syarat kelayakan Program Subsidi Upah adalah seperti berikut :

a. Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
b. Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
c. Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh tiga (3) bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
d. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.



Cara Mohon Program Subsidi Upah PERKESO Online


1. Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka melalui secara online di laman web rasmi www.perkeso.gov.my. Semua permohonan perlu dikemukakan oleh majikan sahaja mulai 1 April 2020.

b. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan disertakan dengan beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh majikan :

i. Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja).
ii. Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja).
iii. Salinan pengenalan pendaftaran bank panel. majikan/MyCOID.
iv. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB.
v. Akuan Pengisyitharan PSU50.
vi. Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Kaedah Bayaran Program Subsidi Upah 


Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 ATAU 03-8091 5100 ATAU emel kepada perkeso@perkeso.gov.my.

BACA JUGA : Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2021

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.