Header Ads

Cara Pendaftaran SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online

Cara Pendaftaran SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online. Nak daftar akaun SPA8i? Panduan buat mereka yang berminat  untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan sebuah portal kerja kerajaan bagi pengambilan pekerja dalam sektor awam. Bagi anda lepasan SPM yang masih mencari pekerjaan boleh membuat permohonan jawatan kosong kerajaan melalui laman sesawang SPA8i. Sebelum itu, anda perlu membuat pendaftaran akaun SPA8i untuk proses permohonan jawatan yang dikehendaki.

Cara Pendaftaran SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online

Permohonan jawatan kosong SPA adalah sepanjang tahun melibatkan pemohon dari lepasan PMR, SPM, Diploma dan Ijazah. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan jawatan kosong kerajaan di laman web rasmi SPA8i.

Cara Pendaftaran SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online  


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran SPA termasuk memaparkan cara pendaftaran dan aplikasi online :

1. Untuk pendaftaran kali pertama, anda perlu layari ke laman web menerusi pautan di bawah :

Link 1 : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Link 2 : https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

2. Kemudian klik butang 'DAFTAR MYID BARU' untuk pendaftaran akaun baharu.

3. Isikan maklumat di bawah dengan lengkap iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat emel, soalan keselamatan dan kata laluan.

Cara Pendaftaran SPA8i Jawatan Kosong Kerajaan Online

4. Selepas isi maklumat, klik butang 'Daftar' dan selesai proses pendaftaran akaun. 

5. Log In akaun SPA8i yang didaftarkan dan mohon jawatan kosong mengikut kelayakan masing-masing. 

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim SPA8i sila ke laman web SPA8i.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.