Header Ads

Borang SPA9 : Cara Pendaftaran, Permohonan Dan Semakan Status Online

Borang SPA9 : Cara Pendaftaran, Permohonan Dan Semakan Status Online. Nak daftar SPA9? Panduan buat anda yang ingin memohon jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, bermula 28 September 2020 permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi SPA9. Kini, SPA9 akan menggantikan sistem SPA sebelum ini dimana pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akan pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula. Pendaftaran, permohonan jawatan kosong dan semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web SPA9. 



Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau ringkasnya SPA9 adalah merupakan sebuah portal kerja kerajaan bagi mencari pekerjaan kosong di sektor perkhidmatan awam. Permohonan jawatan kosong SPA adalah dibuka sepanjang tahun mengikut jawatan tertentu yang melibatkan pemohon dari lepasan PT3, SPM, Diploma dan Ijazah.


Borang SPA9 : Cara Pendaftaran, Permohonan Dan Semakan Status Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) termasuk memaparkan cara daftar dan login akaun :


Apa Itu SPA9? 


Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) merupakan penambah baikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i. SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. 


SPA9 telah dibangunkan dengan penggunaan Kad Pengenalan di mana pemohon boleh melihat dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.


Cara Pendaftaran SPA9 Online


1. Pemohon perlu membuat pendaftaran secara atas talian (online) menerusi portal https://spa9.spa.gov.my/login


2. Klik 'Pendaftaran Pengguna'.


3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.



4. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan(reset).


5. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan. 


6. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut. 


7. Setelah itu, klik pada butang 'DAFTAR'. 


Nota :


a. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja. 


b. Bagi anda yang nak dapatkan 'Panduan Pengguna PDF' sila ke laman https://spa9.spa.gov.my/manual/Manual_Pengguna_SPA9.pdf


Cara Log Masuk Dan Permohonan Jawatan SPA9 Online


Berikut adalah cara log masuk ke sistem SPA9 iaitu :


1. Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon.


2. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. 


3. Klik “Log Masuk”.


Nota :


a. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”.

b. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”.


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 - 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA https://www.aduan.spa.gov.my.


BACA JUGA : Semakan Status Permohonan SPA9 Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.