Header Ads

Cara Log Masuk SPA9 2024 Online Permohonan Kerja Kerajaan

Cara Log Masuk SPA9 2024 Online Permohonan Kerja Kerajaan. Nak log masuk akaun SPA9 secara online? Panduan buat anda yang membuat pendaftaran jawatan kosong di sektor perkhidmatan awam. Untuk makluman, bermula 28 September 2020 permohonan pekerjaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi SPA9. Kini, SPA9 akan menggantikan sistem SPA sebelum ini dimana pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akan pendaftaran masih belum tamat tempoh tidak perlu mendaftar semula. Pemohon boleh log masuk SPA9 secara online menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). 



Cara Log Masuk SPA9 2024 Online Permohonan Kerja Kerajaan


SPA9 adalah merupakan sebuah portal kerja kerajaan bagi mencari pekerjaan di sektor perkhidmatan awam. Dalam sistem ini akan memaparkan kekosongan jawatan, syarat kelayakan, keputusan peperiksaan, panggilan temuduga dan maklumat berkaitan jawatan. Permohonan jawatan kosong SPA adalah dibuka sepanjang tahun mengikut jawatan tertentu yang melibatkan pemohon dari lepasan PT3, SPM, Diploma dan Ijazah.


Cara Log Masuk SPA9 2024 Online Permohonan Kerja Kerajaan 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran SPA9 termasuk memaparkan cara daftar dan login akaun :


SPA Guna Sistem Pendaftaran Pekerjaan SPA9 Mulai 28 September 2020




Cara Login Akaun SPA9 Online


Berikut adalah cara log masuk ke sistem SPA9 iaitu :


1. Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon.


2. Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. 


3. Klik “Log Masuk”.


Nota :


a. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”.

b. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata Laluan”.


Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan SPA9, sila hubungi Hotline SPA di talian 03 80919000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA https://www.aduan.spa.gov.my.


BACA JUGA : Semakan Status Permohonan SPA9 Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.