Header Ads

5 Sebab Utama Kegagalan Temuduga Kerja Kerajaan

5 Sebab Utama Kegagalan Temuduga Kerja Kerajaan. Berkhidmat sebagai penjawat awam sememangnya diidamkan sesiapa sahaja sama ada yang baru saja tamat belajar, yang sedang belajar dan juga yang sudah bekerja pun masih merebut jawatan di jabatan kerajaan. Lazimnya persaingan sengit dalam peperiksaan online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sudah cukup membuktikan bahawa kerja kerajaan menerima permintaan tinggi.

Sebab Utama Kegagalan Temuduga Kerja Kerajaan

Selepas peperiksaan online anda akan ditapis untuk ke peringkat seterusnya dan kemudian barulah ke sesi temuduga yang dinantikan oleh calon-calon SPA. Tapi tak semudah itu untuk melayakkan anda lulus temuduga. Rata-rata calon gagal untuk mendapat penempatan dalam jawatan sektor kerajaan.

5 Sebab Utama Kegagalan Temuduga Kerja Kerajaan 


Berikut dikongsikan 5 sebab utama kegagalan calon temuduga SPA.

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang

Bagaimana Persiapan Anda Untuk Menghadapi Temuduga SPA?


Persaingan untuk mendapatkan kerja kerajaan amat tinggi dan peluang untuk anda berjaya tipis jika anda langsung tidak tahu bagaimana untuk bersedia dalam menghadapi temuduga nanti.

Langkah terbaik anda adalah dapatkan Rujukan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan yang cukup lengkap dengan segala info. Jika anda benar-benar mahu lulus temuduga kerajaan, jangan tunggu lagi kerana ebook inilah yang anda amat perlukan sekarang!


BACA JUGA: 12 Tips Mudah Berjaya Dalam Temuduga Kerajaan

Selamat maju jaya kepada para calon temuduga kerajaan SPA.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.