Header Ads

Panduan Program Assessment Centre SPA Akauntan WA41

Panduan Program Assessment Centre SPA Akauntan WA41. Adakah anda calon PAC Akauntan Gred WA41 sesi 2017/18? Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dalam Peperiksaan Online Akauntan WA41 yang diumumkan pada 20 November 2017. Sebenarnya anda di antara yang bertuah untuk berkhidmat dalam jawatan ini, dimana anda perlu lalui dua fasa lagi iaitu Ujian PAC dan temuduga. Jika layak temuduga, anda bakal menjadi seorang Akauntan di sektor awam.

Tips Program Assessment Centre SPA Akauntan W41

Untuk pengetahuan anda, Program Assessment Centre atau PAC adalah satu ujian yang diwajibkan bagi calon yang mahu bergelar penjawat awam sebelum anda menghadiri sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Selain Akauntan, Ujian PAC juga diwajibkan kepada beberapa jawatan kerajaan yang lain antaranya Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Kawalan Udara, Pegawai Penerangan dan lain-lain lagi.

Program Assessment Centre untuk jawatan Akauntan Gred WA41 lebih dikenali sebagai Accountant General Assessment Centre. Terdapat beberapa aktiviti yang perlu anda lakukan dalam PAC Akauntan. Disini admin kongsikan tips atau panduan Program Assessment Centre (PAC) Akauntan Gred WA41.

Panduan Program Assessment Centre SPA Akauntan WA41


1. Daya Penyelesaian Masalah

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan atau groupping dimana akan ada juga seorang fasilitator dan panel. Anda diberikan masa dan perlu memilih ketua berwibawa dan berbincang semasa dengan ahli kumpulan. Dalam sesi ini anda akan dinilai kemahiran berfikiran di luar kotak, kerjasama, kepimpinan dan lontaran idea.

2. Case Study/ Perbincangan Kumpulan

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan dimana anda perlu bertutur dalam bahasa Inggeris sepanjang tempoh perbincangan dengan ahli kumpulan anda yang lain. Anda diperuntukkan masa selama 30 atau 45 minit dan diberikan soalan untuk anda membuat pembentangan.

3. Public Speaking

Untuk aktiviti yang ini anda akan diberikan tajuk tersendiri contoh seperti bab kesihatan, sukan, teknologi maklumat , sejarah, isu semasa, pendidikan dan lain-lain lagi. Anda diperuntukkan masa selama 5 atau 6 minit untuk pengucapan awam dalam Bahasa Melayu.

4. Debat 

Anda diberikan secara kumpulan dan perlu dibahagikan kepada pihak pencadang dan pihak pembangkang dengan masa yang diperuntukkan. Anda perlu berhujah atau berdebat antara kedua-dua pihak dengan tajuk yang diberikan tentang isu semasa di Malaysia

Bukan mudah zaman ini anda ingin menjadi seorang penjawat awam. Hal ini kerana anda perlu melalui beberapa fasa sebelum anda layak bergelar jawatan tersebut.

BACA JUGA: Senarai Jadual Program Assessment Centre (PAC) SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.