Header Ads

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 (Sesi Januari & Julai)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2022 (Sesi Januari & Julai). Jawatan terkini SPA dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Berita baik buat lepasan SPM yang berkelayakan dan sedang mencari kerjaya dalam perkhidmatan awam. Untuk makluman daripada portal SPA, kini anda boleh membuat permohonan Separa Perubatan sesi Januari 2022, dimana KKM menawarkan sebanyak 875 kekosongan jawatan Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil ambilan sesi Januari 2022. Bagi lepasan SPM yang berminat boleh mengemukakan permohonan Latihan Separa Perubatan secara online di laman sesawang SPA8i sehingga tarikh tutup pada 4 Julai 2021. 

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2022 (Sesi Januari)

Apa Itu Separa Perubatan?


Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pelajar lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Terdapat sebanyak 13 latihan bagi program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil.

Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil pula selama 2 tahun sahaja. Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan yang kondusif di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 (Sesi Januari & Julai) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengambilam Latihan Separa Perubatan termasuk memaparkan syarat kelayakan, senarai program dan cara permohonan :

Tarikh Tutup Permohonan : 4 Julai 2021 (Sesi Januari 2022)

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terdapat beberapa program yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan, antaranya berikut ;

1. Jururawat
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
3. Penolong Pegawai Perubatan
4. Juru X-ray
5. Juruteknologi Pergigian
6. Jurupulih Perubatan (Anggota)
7. Jururawat (PSL)
8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
9. Penolong Pegawai Farmasi
10. Juruterapi Pergigian
11. Juruteknologi Makmal Perubatan

Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

1. Pembantu Kesihatan Awam
2. Pembantu Pembedahan Pergigian


Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan 2022 


1. Warganegara Malaysia yang berumur :

a) tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan. 

b) tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL). 

c) tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat selain PSL.

2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

3. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon. 

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan 2023 Online 


Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://spa9.spa.gov.my/login

Semoga anda berjaya mendapat penempatan dalam Separa Perubatan ambilan 2023.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.