Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam di Jabatan Imigresen Malaysia? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Imigresen Gred KP19.


Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19

Permohonan dan pengambilan jawatan Pegawai Imigresen telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 bagi permohonan kerja lepasan SPM menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Imigresen KP19 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19


Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19 sekitar RM1,360.00 sehingga RM4,052.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Imigresen KP19


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
5. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
6. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
○ tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
○ berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
○ mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
○ mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa ○ menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
○ lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
○ pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
○ diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
7. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Imigresen KP19 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

BACA JUGA : Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Semoga perkongsian ini tentang Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Imigresen Gred KP19 dapat membantu mereka yang ingin bekerja di sektor kerajaan. Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.