Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Anda berminat bekerja sebagai kakitangan awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N29? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Tadbir 2020 boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPA. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29!

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Permohonan dan pengambilan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 telah dibuka kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 bagi permohonan kerja lepasan Diploma menerusi portal SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Berikut dikongsikan adalah informasi tentang Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 mengenai gaji, kelayakan dan deksripsi tugasnya ;

Gaji Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Gaji Pegawai Tadbir Negeri Gred N29 sekitar RM1,493.00 sehingga RM5,672.00 Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan adalah berjumlah RM145.00

Syarat Kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. warganegara Malaysia;
2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
4. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
5. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N29


Berikut adalah tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

BACA JUGA :

Selamat maju jaya dan moga dapat berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.