Header Ads

Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2022 Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2022 Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Panduan buat pencarum yang ingin menyemak kadar dividen dan bonus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tahun 2022. Untuk makluman, Lembaga Tabung Angkatan Tentera masih belum mengumumkan pembayaran dividen dan bonus untuk tahun 2022. Tahun lalu, kadar dividen dan bonus mencecah 12.5 peratus kepada ahli pencarum yang layak.

Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2022 Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT adalah merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada Anggota Lain-Lain Pangkat dan satu skim simpanan kepada Pegawai-Pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).


Kadar Dividen dan Bonus LTAT 2022 Lembaga Tabung Angkatan Tentera


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kadar bayaran dividen dan bonus LTAT termasuk memaparkan perbezaan pencarum, faedah-faedah dan cara pembayaran :

Kadar dividen & bonus : akan dikemaskini 

Perbezaan Pencarum Wajib Dengan Sukarela


Pencarum Wajib LTAT terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan secara notional dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan kerajaan. Jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25%.

Pencarum Sukarela LTAT adalah dari kalangan Pegawai Tetap ATM termasuk Anggota LLP yang ditauliahkan dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS) dengan kadar caruman minima RM25.00 dengan gandaan RM5.00 sehingga maksima RM2,000.00 sebulan. Tiada sumbangan Kerajaan dan keahlian adalah secara memohon terus kepada LTAT.

Faedah Menjadi Pencarum Wajib dan Pencarum Sukarela


i. Pencarum akan menerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pencarum pada penghujung tahun dan pencarum juga akan menerima bonus khas dalam bentuk Dana Unit Amanah secara percuma. Pemberian bonus khas ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan semasa LTAT.

ii. Dividen dan bonus ini dikompaunkan kepada jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul.

iii. Caruman kepada LTAT tidak dikenakan cukai pendapatan (pada masa ini sehingga RM6,000 setahun)

iv. Faedah Khairat Kematian akan diberikan kepada waris bagi pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.

v. Faedah Hilang Upaya kepada pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh badan atau akal fikiran yang berkekalan.

vi. Pengeluaran caruman dilakukan secara sekaligus.

vii. Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman yang pertama.

Cara Pembayaran Balik Wang Caruman LTAT


Pembayaran balik wang caruman LTAT adalah melalui kaedah Sistem Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank Ahli. Antara bank yang boleh diterima :

1. AFFIN BANK Berhad
2. Public Bank
3. CIMB Bank
4. RHB Bank
5. Maybank
6. Bank Rakyat
7. Bank Islam Malaysia Bhd
8. Bank Simpanan Nasional
9. Alliance Bank
10. Bank Muamalat
11. AmBank
12. ASBC
13. EON Bank
14. Standard Chartered
15. Hong Leong Bank

Untuk dapatkan maklumat terkini tentang kadar dividen dan bonus LTAT boleh layari ke laman web https://www.ltat.gov.my/my/

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,
Peti Surat 11542, 
50748 KUALA LUMPUR 

Emel: ltat@ltat.org.my
Tel: (60) 3-2148 9777
Faks: (60) 3-2142 7646


Sumber : LTAT

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.