Header Ads

Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online (Borang)

Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online (Borang). Panduan buat golongan yang berkelayakan untuk memohon Kad Sihat Johor. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor masih meneruskan program Kad Sihat Johor untuk tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web www.sihatjohor.com.my atau hadir ke Pejabat Daerah atau Pejabat DUN untuk dapatkan borang permohonan.

Permohonan Kad Sihat Johor 2021 Online (Borang)


Bagi golongan isi rumah B40 layak membuat permohonan dimana insentif ini ditawarkan kepada keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM4,830 sebulan dengan syarat pemohon adalah warganegara Malaysia. Pelaksanaan kad insentif tersebut diperkenalkan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat. Dengan adanya kad ini, pemiliknya layak menerima rawatan kesihatan dan perubatan dari hospital atau klinik swasta terpilih dengan had rawatan RM50 sahaja. 

Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online (Borang)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kad Sihat Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan cara daftar :

Syarat Kelayakan Kad Sihat Johor


Syarat-syarat permohonan bantuan rawatan kesihatan kepada golongan B40:-

1. Kategori A - Keluarga (bantuan RM500 setahun)
- Pemohon bersama pasangan dan anak-anak.
- Warganegara Malaysia yang lahir di negeri Johor dan menetap di Johor melebihi 10 tahun
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,830

2. Kategori B -  Invididu (bantuN RM200 setahun)
- Pemohon yang berumur 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia yang lahir di negeri Johor dan menetap di Johor melebihi 10 tahun
- Pendapatan sebulan tidak melebihi RM1,500



Cara Mohon Kad Sihat Johor Online


1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online menerusi laman web www.sihatjohor.com.my

2. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dikemukakan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras DUN untuk diperakukan.


Manfaat Insentif Kad Sihat Johor


Kemudahan Kad Sihat Johor dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori A (Keluarga) dan Kategori B (Individu). Kategori dan manfaat kemudahan Kad Sihat Johor adalah seperti berikut:

Kategori A - Keluarga 
》Had pembiayaan RM500.00 setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk satu keluarga

Kategori B - Individu
》Had pembiayaan RM200.00 setahun
》Had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk setiap individu

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web www.sihatjohor.com.my atau boleh dirujuk ke Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.