Header Ads

Permohonan Program TUBE Mega 2023 Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Permohonan Program TUBE Mega 2023 Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera. Panduan buat golongan belia yang berminat untuk memulakan perniagaan. Untuk makluman, kini kerajaan telah menyediakan kepada golongan belia yang berkelayakan dan berminat mulakan perniagaan boleh membuat permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun 2023. Bagi belia Bumiputera yang berminat menyertai TUBE 6.0 boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) di tube.smecorp.gov.my sehingga 29 April 2019.

Permohonan Program TUBE Mega 2023 Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau ringkasnya TUBE adalah merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Setiap peserta dipilih akan menerima dana RM15,000 bagi memulakan perniagaan dan juga bakal mendapat bimbingan. 

Permohonan Program TUBE Mega 2023 Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera


Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

a. Permohonan dalam Talian : 03 April 2019 - 22 April 2019
b. Saringan Permohonan : Mei - Jun 2019
c. Sesi Temuduga : Jun - Julai 2019
d. Tempoh Latihan di Kem (Fasa 1 & 2) : Ogos - September 2019
e. Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) : Januari 2020 - Disember 2020

Syarat Kelayakan Permohonan TUBE Terkini


Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18-30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan  dalam talian;

2. Telah mendaftarkan perniagaan kurang 12 bulan jika belum mendaftarkan perniagaan atau telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya tiga bulan dan tidak melebihi 12 bulan. 
i. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama
ii. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang  dari 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa temuduga.

3. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak

4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis

5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.

6. Bagi pemohon pasangan suami isteri /  adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. 

7. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.  

8. Pemohon tidak pernah menyertai  Program ini sebelumnya.

Cara Permohonan TUBE Mega 2023 Online


1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web SME CORP https://tube.smecorp.gov.my/ 

2. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja. 

3. Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah. 

4. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang "Sah & Hantar". 

5. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan. 

Sebarang pertanyaan tentang program TUBE, sila hubungi di talian ;

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Tel: 03-2775 6000
Infoline: 1-300-30-6000

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.