Header Ads

Jawatan Kosong Kader KPM 2020

Jawatan Kosong Kader KPM 2020. Peluang buat mereka yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman daripada portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/44 (KUP) yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan ke BPSM bagi mengisi kekosongan jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Borang permohonan boleh dimuat turun secara online di laman web KPM dan lengkapkan sebelum atau pada 18 Jun 2019.

Jawatan Kosong Kader KPM 2019

Jawatan Kosong Kader KPM 2020 


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:

Jawatan : KADER
Jabatan : Kementerian Agensi Luar
Kekosongan Baru
Tarikh Tutup Permohonan : 18 Jun 2019

Kelayakan Umum


(i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44(KUP) yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) Telah disahkan dalam perkhidmatan.
(iii) Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
(iv) Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi 3 tahun terkini (2016-2018).
(v) Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
(vi) Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Cara Permohonan Jawatan Kader Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 


Berikut adalah panduan permohonan jawatan kosong Kader Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Agensi Luar secara dalam talian (online) menerusi pautan di bawah :

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di Lampiran B.

(ii) Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada noraizawati.amanaf@moe.gov.my.

(iv) Hanya calon yang memenuhi syarat seperti di para 1 dan 2 sahaja yang layak memohon.

(v) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan akan ditolak.

(vi) Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Jun 2019 (Selasa). Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi Unit Perkhidmatan Guru, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7769 / 7828.

Sumber : MOE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.