Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pegawai Ehwal Ekonomi akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi bagi permohonan kerja lepasan Ijazah menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41


Gaji Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 sekitar RM2,083.00 sehingga RM9,549.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
pula berjumlah RM225.00.

Syarat Kelayakan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau
● Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
● Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
● Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
● Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
● Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03).

Jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41


Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 seperti di bawah :

Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.