Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Makmal Gred C19. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Pembantu Makmal.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Makmal Gred C19

Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Pembantu Makmal akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Pembantu Makmal bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Pembantu Makmal Gred C19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pembantu Makmal termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Pembantu Makmal 


Gaji Pembantu Makmal sekitar RM1,357.00 sehingga RM4,008.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Pembantu Makmal Awam pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Pembantu Makmal 


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).

Jawatan Pembantu Makmal boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Pembantu Makmal 


Berikut adalah tugas-tugas Pembantu Makmal seperti di bawah :

Menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

1 ulasan:

  1. Ada belajar lagi ka mau memasuki jwtn pembantu makmal ni mcm jururawat tu?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.