Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudio Visual N19

Gaji, Kelayakan & Tugas Pegawai Juruaudio Visual N19. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Juruaudio Visual Gred N19.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Juruaudio Visual akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Juruaudio Visual bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Juruaudio Visual N19


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Juruaudio Visual Gred N19 termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Juruaudio Visual N19 Gred N19


Gaji Juruaudio Visual Gred N19 sekitar RM1,352.00 sehingga RM4,003.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Juruaudio Visual Gred N19 pula berjumlah RM100.00.

Syarat Kelayakan Juruaudio Visual Gred N19


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
● memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Jawatan Juruaudio Visual Gred N19 boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Juruaudio Visual Gred N19 


Berikut adalah tugas-tugas Juruaudio Visual seperti di bawah :

Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siaraya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja post production dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggara peralatan alat audio visual.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.