Header Ads

Gaji, Kelayakan & Tugas Artis Budaya Gred B19/ B29

Gaji, Kelayakan & Tugas Artis Budaya Gred B19/ B29. Berminat bekerja menjadi penjawat awam? Jom mohon kerja kerajaan dan buat permohonan melalui portal SPA8i iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketahui apa syarat kelayakan, tugas dan gaji Artis Budaya Gred B19 /B29.


Permohonan dan pengambilan jawatan kosong Artis Budaya akan dibuka jika ada kekosongan jawatan di pelbagai Kementerian/Jabatan. Apa penting anda kena isi permohonan online jawatan Artis Budaya bagi permohonan kerja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Diploma menerusi SPA.

Gaji, Kelayakan & Tugas Artis Budaya Gred B19/ B29


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Artis Budaya termasuk memaparkan gaji, syarat kelayakan dan deksripsi tugas ;

Gaji Artis Budaya


Gaji Artis Budaya Gred B19/B29 sekitar RM1,360.00/ RM1,499.00 sehingga RM4,032/ RM5,679.00. Manakala untuk kadar kenaikan gaji tahunan Artis Budaya pula berjumlah RM100 bagi Gred B19 dan RM145 bagi Gred B29.

Syarat Kelayakan Artis Budaya Gred B19/ B29


● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
● mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
● (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
● (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
● (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
● Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).
 
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED B29
 
● mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta berkebolehan memainkan satu dan/atau lebih alat muzik moden atau tradisional serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
● Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
● Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau
● Diploma dalam bidang seni lakon, seni persembahan, seni tari, seni kreatif, seni drama atau seni teater yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).

Jawatan Artis Budaya boleh dimohon menerusi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Buat pemohon pekerjaan yang daftar masuk SPA menerusi Borang Permohonan SPA8i Online, kini anda boleh menyemak jadual temuduga SPA anda : semakan panggilan temuduga SPA dan juga mengetahui keputusan temuduga SPA anda : semakan keputusan temuduga SPA.

Deskripsi Tugas Artis Budaya 


Berikut adalah tugas-tugas Artis Budaya Gred B19/B29 seperti di bawah :

Bertanggungjawab menjalani latihan dan membuat persembahan-persembahan kesenian (tarian dan lakonan) di dalam dan di luar negeri.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang ingin bekerja kakitangan kerajaan. Selamat maju jaya.

Sumber : SPA

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.