Header Ads

Permohonan Jawatan Kosong Konstabel Polis YT1 2023 Online

Permohonan Jawatan Kosong Konstabel Polis YT1 2023 Online. Nak menjadi seorang anggota Polis? Berita baik buat semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM. Untuk makluman menerusi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mempelawa lepasan SPM untuk mengisi kekosongan jawatan terkini PDRM bagi Konstabel Polis YT1 tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 12 Januari hingga 25 Januari 2023 menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.


Jawatan Kosong Konstabel Polis YA1 2021 (PDRM)


Permohonan Jawatan Kosong Konstabel Polis YT1 2023 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kekosongan jawatan Konstabel Polis YT1 termasuk memaparkan lokasi temuduga, tarikh tutup dan aplikasi permohonan :

Jawatan : KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/WANITA)
Jabatan : Polis Diraja Malaysia
Sektor : Kerajaan
Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari - 25 Januari 2023

Syarat Kelayakan Konstabel Polis YA1



a. Warganegara Malaysia; 

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

c. Kelayakan Akademik:

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau;

ii. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;

  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Perniagaan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Teknologi Kejuruteraan Marin

iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; 

iv. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d. Kelayakan Fizikal: 

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu

ii. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; 

iv. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)

v. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Permohonan Jawatan Kosong Konstabel Polis YT1 2023 Online


Dekripsi Tugas Konstabel Polis YA1


Mentadbir, merancang pencegahan Jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan negara di darat, laut dan udara.

Tangga Gaji Konstabel Polis YA1


  • Gaji minimum : RM1,441
  • Gaji maksimum : RM4,152

Cara Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2023 Online 


Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan, sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350 / 8351.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran sebagai anggota Polis Diraja Malaysia tahun 2023.

3 ulasan:

  1. Salam nak tanya ,terbuka untuk perempuan ke

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum bila ada pengambilan polis konstabel yt1 ye

    BalasPadam
  3. assalammualaikum bila ade pengambilan PDRM lgi 2020

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.