Header Ads

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020. Anda sudah buat semakan kelayakan Program Subsidi Petrol 2020? Panduan buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan juga golongan berpendapatan rendah B40. Menerusi Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020, kerajaan mengumumkan akan laksanakan satu inisiatif terbaru iaitu Program Subsidi Petrol bagi golongan yang berkelayakan dan bersasar. Untuk makluman, semakan kelayakan Program Subsidi Petrol boleh dibuat secara online bermula daripada 15 Oktober 2019. Bagi anda yang gagal permohonan boleh kemukakan rayuan secara online bermula tarikh semakan bermula.

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Program Subsidi Petrol adalah satu inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah B40 melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya. Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta sebanyak RM120 dan motosikal sebanyak RM48.

Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Petrol 2020 termasuk memaparkan tarikh rayuan dan aplikasi online :

Tarikh Rayuan : 15 Oktober 2019

Cara Rayuan Program Subsidi Petrol 2020 


1. Untuk permohonan rayuan, calon perlu semak syarat kelayakan PSP dahulu di pautan yang disediakan.

2. Sekiranya status memaparkan LAYAK maka pemohon berhak menerima bantuan subsidi petrol bermula bulan Januari 2020.

3. Bagi anda yang gagal dalam permohonan PSP ini bermakna anda masih berpeluang membuat rayuan setelah dipaparkan STATUS TIDAK LAYAK.

4. Sebagai contohnya status tidak layak memaparkan alasan, contoh : KOD01- TIADA REKOD PENERIMA BSH.

5. Anda perlu klik button INGIN MERAYU untuk proses seterusnya.

6. Anda akan dikenakan mengemaskini maklumat permohonan seperti NAMA, MYKAD, NAMA AKAUN dan NO AKAUN BANK.

7. Selepas itu klik button SIMPAN.

Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol


Bagi anda yang telah mengemukakan rayuan Program Subsidi Petrol, tarikh keputusan belum diumumkan secara rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BACA JUGA : Soalan Lazim Program Subsidi Petrol 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus melalui hotline 1800886800, e-mel: psp@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2786356.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.