Header Ads

Program Subsidi Petrol 2020 : Apa Itu PSP & Syarat Kelayakan

Program Subsidi Petrol 2020 : Apa Itu PSP & Syarat Kelayakan. Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dimana kerajaan baru memperkenalkan Program Subsidi Petrol (PSP) mulai Januari 2020. Apakah itu Program Subsidi Petrol? Untuk makluman, bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berjumlah 2.9 juta boleh semak syarat kelayakan dahulu untuk ketahui sama ada layak menerima Insentif ini atau pun tidak.

Program Subsidi Petrol 2020 : Apa Itu PSP & Syarat Kelayakan

Program Subsidi Petrol 2020 : Apa Itu PSP & Syarat Kelayakan


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Petrol termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan: Bermula 15 Oktober 2019

Apa itu Program Subsidi Petrol? 


Program Subsidi Petrol adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Pada masa ini, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati oleh orang ramai adalah dengan subsidi Kerajaan. Ini bermakna setiap liter petrol RON95 yang dibeli, Kerajaan membiayai subsidi
supaya harga yang dibayar adalah pada kadar yang
rendah, iaitu RM2.08 seliter. Harga sebenar bagi
petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa
berubah mengikut pasaran.
Subsidi pukal juga dinikmati oleh mereka yang
tidak layak seperti warganegara asing, kumpulan
berpendapatan tinggi dan syarikat-syarikat
komersial.

Syarat Kelayakan Penerima Program Subsidi Petrol 2020


Antara syarat-syarat yang anda perlu memenuhi Program Subsidi Petrol 2020 :

1. Merupakan penerima BSH beralamat di
Semenanjung Malaysia sahaja;
2. Memiliki kenderaan persendirian yang
berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
iii.Motosikal <= 150cc
iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun

Infografik Program Subsidi Petrol 2020 

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online


Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat semak Kelayakan Program Subsidi Petrol secara atas talian (online) mulai 15 Oktober 2019 menerusi pautan ini https://psp.kpdnhep.gov.my/

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada:-
Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2, (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Malaysia

BACA JUGA : Soalan Lazim Program Subsidi Petrol 

Selamat memanfaatkan Insentif daripada kerajaan!

2 ulasan:

  1. Hi saya nah tanya kalau kerata kepunyaan anak saya di bagi kepada saya boleh ke saya dapat Subsidi Petrol.
    Sekian
    Terima kasih
    Helen

    BalasPadam
  2. Hi saya nah tanya kalau kerata kepunyaan anak saya di bagi kepada saya boleh ke saya dapat Subsidi Petrol.
    Sekian
    Terima kasih
    Helen
    email yang saya pakai ialah helenrowe91@hotmail.com.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.