Header Ads

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2023 Online (Borang)

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2023 Online (Borang). Bilakah tarikh permohonan Rumah Kos Rendah Pahang dibuka? Panduan buat anda golongan berpendapatan rendah (B40) dan belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman, kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Kos Rendah Pahang bagi golongan berpendapatan rendah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Kos Rendah Pahang tahun 2023 secara online di laman web rasmi ePerumahan Pahang.

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2023 Online (Borang)

Rumah kos rendah kerajaan adalah Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00. Manakala, rumah kos rendah swasta adalah Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang 2023 Online (Borang) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Kos Rendah Pahang termasuk memaparkan syarat kelayakan, permohonan dan cara hubungi :

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang


Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Kos Rendah Pahang adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
2. Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
a) Perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
i) Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
ii) Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
b) Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
i) Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
5. Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
6. Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan
7. Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.

Cara Permohonan Rumah Kos Rendah Pahang Online 


1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web 
2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 

3. Klik SIMPAN selepas selesai mengisi borang permohonan.

BACA JUGA : Permohonan Projek Rumah Makmur Negeri Pahang 2023

Semoga anda berjaya mendapat tawaran rumah kos rendah Pahang ini untuk rumah pertama sendiri. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.