Header Ads

Permohonan Skim Perumahan Belia 2023 BSN MyHome (Keputusan)

Permohonan Skim Perumahan Belia 2023 BSN MyHome. Anda ingin memiliki sebuah rumah sendiri? Berita baik buat golongan belia yang sudah berumahtangga dan berumur 25 tahun hingga 40 tahun. Bagi yang ingin membeli rumah berharga RM500,000 ke bawah, anda boleh memohon Skim Perumahan Belia BSN di bawah skim MyHome BSN. Melalui skim ini, diharapkan golongan bujang dan yang sudah berkahwin mampu membeli rumah pertama mereka dengan mudah. Untuk makluman menerusi Belanjawan Malaysia 2020, kerajaan akan meneruskan Skim Perumahan Belia dimana permohonan akan dibuka bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

Permohonan Skim Perumahan Belia 2022 BSN MyHome

Skim Perumahan Belia atau ringkasnya SBP adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans (MRTA).

Permohonan Skim Perumahan Belia 2023 BSN MyHome


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Perumahan Belia (BSN MyHome) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, ciri-ciri rumah dan aplikasi permohonan :

Tarikh Buka : 1 Januari 2020

Tarikh Tutup : 31 Disember 2021

Syarat Permohonan Skim Perumahan Belia 


Antara syarat-syarat Skim Perumahan Belia yang anda perlu memenuhi adalah :

1. Warganegara Malaysia

2. Sudah berkahwin dan berumur 25 tahun sehingga 40 tahun

3. Berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000

4. Terbuka kepada pembeli rumah pertama sahaja

Kelebihan dan Ciri-Ciri Skim Perumahan Belia 


Antara ciri-ciri dan kelebihan Skim Perumahan Belia BSN adalah:

i. Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
ii. 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
iii. Kerajaan akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

HARGA HARTANAH

Minimum : RM100,000
Maksimum : RM500,000

TEMPOH PINJAMAN

Minimum : 5 tahun
Maksimum : 35 tahun

Cara Permohonan Skim Perumahan Belia 2020 


1. Permohonan boleh dibuat secara online dengan muat turun borang permohonan di laman web https://www.mybsn.com.my atau boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

2. Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

a. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
b. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
c. Salinan Kad Pengenalan
d. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
e. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
f. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
g. Salinan penyata KWSP
h. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
i. Borang EA/ EC
j. Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
k. Borang B/BE dan Resit LHDN
m. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
n. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai BSN MyHome [Skim Perumahan Belia (SPB)], sila rujuk
laman web www.mybsn.com.my

Semoga anda berjaya memiliki rumah pertama dalam Skim Perumahan Belia.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.